请问如何写reflaksi? folio 1020关于(demam denggi)必须写哦~

&Saiz Pilihan Text&
TARIKH KEMASKINI
Isnin 15 Jun
Kes denggi naik secara mendadak sehingga kerajaan telah mengisytiharkan empat negeri iaitu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Selangor memiliki jumlah pengidap denggi kritikal. Dari Januari sehingga 24 September 2005, sebanyak 27,569 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Jumlah kematian telah meningkat kepada 70 orang tahun ini berbanding 68 orang dalam tempoh yang sama sepanjang tahun lalu. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melancarkan Operasi Kawalan Denggi secara besar-besaran di kesemua negeri terbabit bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit yang boleh membawa maut.
Apa itu Denggi?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Jenis-jenis penyakit denggi
Demam denggi klasikalPesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'
Demam denggi berdarahBiasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera
Agen Penyebab Penyakit DenggiPenyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat empat jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.
Pembawa Agen Penyakit DenggiNyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :
Aedes AegyptiCiri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
Aedes AlbopictusCiri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara JangkitanManusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
Tanda Serangan Denggi
Demam kuat secara mengejut dan berterusan
Ruam pada kulit
Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit Perut
Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
RawatanSetakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
Rawatan Demam Denggi KlasikalRawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku
Rawatan Demam Denggi Berdarah
Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Tempat PembiakanNyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
Di dalam rumahIa membiak di dalam piring alas pasu bunga.Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.Perangkap semut.
Di luar rumahDi dalam tayar buruk.Saluran air hujan.Tin-tin kosong atau botol.Bata bangunan atau kawasan pembinaanCawan getahLubang pokokTunggul buluhKetiak daun seperti -pandan dan nenas
Langkah Kawalan Denggi
Sistem pemantauan
Semburan asap
Pemeriksaan premis untuk mencari dan memusnahkan jentik-jentik
Menggalakkan penggunaan abate
Mengedarkan risalah dan pemberitahuan mengenai langkah pengawalan pembiakan nyamuk aedes
Meminta kerjasama pengetua dan guru besar bagi menggerakkan pelajar bersama memeriksa halaman dan dalam rumah.Bahasa Malaysia
Penyakit Berjangkit
Demam Denggi
Pengenalan
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda dan gejala
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian diagnosa penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Mandi jerlum.
Antibiotik tidak diperlukan.
Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Faktor penyumbang
Intravena:
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
Gunakan ubat nyamuk.
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
Muntah berlarutan/berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya/sawan.
Sesak nafas.
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Maklumat lanjut
Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik.
Pejabat Kesihatan berhampiran.
Klinik Kesihatan berhampiran.
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-.
Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet, Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
Dengue, DHPE Publications.
Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.
Artikel Berkaitan:
Semakan akhir
26 April 2012
Dr. Jasvinder Kaur
Dr. Thahira bt. Jamal Mohamed
Media Berkaitan
Tarikh Kemaskini
Notis Hakcipta
Hakcipta Terpelihara (C) - Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Paparan Terbaik
Menggunakan Internet Explorer 7 atau Mozilla Firefox 3 ke atas atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 dan ke atas.
Bilangan Pengunjung请问如何写reflaksi? folio关于(demam denggi)必须写哦~_百度知道
请问如何写reflaksi? folio关于(demam denggi)必须写哦~
希望可以给例子哦
您的回答被采纳后将获得:
系统奖励20(财富值+经验值)+难题奖励30(财富值+经验值)
其他类似问题
为您推荐:
folio的相关知识
等待您来回答
下载知道APP
随时随地咨询
出门在外也不愁Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau
pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.
Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh
betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh
aegypti (hanya kadang-kala oleh
albopictus).
Isi kandungan
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel
pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.
Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum . Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
Wabak pertama berlaku hampir serentak, di , , dan
pada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di
sekitar 1950-an, dan pada 1975 DHF telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir 1990s denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas , terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkan enam belas kematian.
Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau enam tahun. Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.
Penyakit Demam Denggi mula dilaporkan di
pada tahun 1902 lagi. Pada tahun 1962, wabak pertama demam denggi berdarah berlaku di ,
dan Kuala Lumpur pada tahun 1973. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara. Semenjak penyakit demam denggi mula dikesan, ia telah menunjukkan peningkatan yang seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Pada tahun 1991, sebanyak 6628 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Malaysia. Pada tahun 1998, sebanyak 27,373 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 4 kali ganda dari tahun 1991.
Di , terdapat 4-5000 kes dilaporkan berkaitan dengan demam denggi atau demam denggi berdarah setiap tahun. Pada tahun 2003, terdapat 6 kematian disebabkan sindrom kejutan denggi. Ia dipercayai bahawa kes demam denggi yang dilapurkan adalah rendah kerana ia tidak mengendahkan kes subklinikal dan kes di mana pesakit tidak hadir untuk rawatan perubatan. Kadar kematian disebabkan denggi oleh itu dianggarkan kurang daripada 1 dari 1000 kes.
Pada masa kini tidak terdapat
siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu menghapuskan aedes dewasa dengan mudah
Di Asia Tenggara:
(2006): 114,656 kes dilaporkan dengan 1,196 kes kematian.
(2006): 34,386 kes dikesan dengan 70 kematian.
(2006): 20,000 dijangkiti dengan 23 kematian.
(2006): 16,929 kes dengan 324 kematian.
(2006): 3,051 kes dikesan.
(2006): 20,00 kes dikesan dan 23 kematian.
(2006): 11,383 kes dikesan dan 128 kematian.
(2006): 77,800 kes dikesan dan 68 kematian.
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah
lemah dan tidak bermaya
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

我要回帖

更多关于 esfolio 的文章

 

随机推荐